CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 16, 2009

TIGA JENIS LELAKI IDEAL

LELAKI YANG BOLEH MEMAHAMI

Lelaki yang mampu memahami mood wanita, keinginan dan tempernya merupakan teman hidup yang sangat berharga. Tentu lelaki tidak dapat meneka selalu hati dan mood wanita dengan tepat, jadi wanita juga bantulah lelaki dengan komunikasi yang jujur dan terus terang mengenai perasaan mereka waktu itu.


LELAKI YANG TAHU BILA HENDAK MENGAWASI DAN BILA TIDAK

Sebahagian besar wanita tidak suka dengan jenis lelaki yang berfikiran sempit dan yang selalu merasa over protected. Wanita lebih menyukai lelaki yang relax, berfikiran terbuka dan penuh kepercayaan. Zaman ini wanita lebih cenderung berdikari, ramai wanita mengkagumi lelaki yang tahu bagaimana mengawal situasi. Jadi seorang lelaki tidak harus selalu mengawal. Hormatilah kekuatan wanita dan jangan khuatir asalkan wanita tidak melebihi batas. Meskipun beberapa lelaki mendakwa bahawa mereka menyukai wanita jenis terbuka, sebahagian besar lelaki tidak suka. Hal yang sama terjadi pada wanita.


LELAKI YANG PENUH PERHATIAN DI TEMPAT TIDUR

Kebanyakan lelaki masih memiliki persepsi yang salah apabila wanita menginginkan seks dan bagaimana mereka menginginkannya. Jangan takut bertanya dan sensitif terhadap responnya. Sebahagian wanita merasa malu untuk menungkapkan keinginannya di atas ranjang. Cubalah untuk bertanya di mana titik-titik yang akan membuat dirinya ghairah. Wanita biasanya perlu masa yang lebih lama untuk mencapai orgasme, jadi bersikap sensetif. Dahulukan kepuasannya di atas ranjang.

0 bebelan: