CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 26, 2009

bosan+sedey+rindu

assalamualaikum....
hye sume...
pe khbr?...
hurmmm....ak ngah bosan niyy.....da larhhh ari niyyy tunang ak kne g operasi...hurmmm bosannye...lme lak 2....smpai 5/7....rndunye ak kt dy t.....lme 2 xdpt jmpe dy....bulan 7 t bru dpt jmpe dy....2 pown klo dy dpt cti pas lik dri operasi 2.....bru jerk lik dri kursus....da kne g operasi lak...adussss...cian dy....tpi nk wat cm ne kn...da mmg keje dy cm 2...ak terpakse larhhh trime....skunk jerk da slalu kne tgal....t da kwin...adusss...sdeynye ak.....bosan larhhh dy xdew....nsib ak da jmpe dy ahd lpas...klo x...lg ak sdey....kre nsib ak baek larhhh..hu3....xpew larhhh...ak hope dy jge dri mse kt operasi t....cz ak syg giler kt dy.....xsgup khlangan dy....k larhhh....ak nk wat keje niyyy....sje mengular jap...kui3.....bye...............

Monday, May 25, 2009

Cara Traditional Menguruskan Badan

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

> Cara nya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Cara menghilangkan kedut

Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut di muka asalkan rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut akan menghilang.

Daging Landak

assalamualaikum.....
hye sume.....pe khbr?
ak nk cte ckit psal dging landak niyyy....sbnrnye ak nk cte dri mgu lpas lg....tpi xsmpat lak....ak byk sgt keje....korang pnah mkan dging lndak x?....klo korng nk taw...sdap sbnrny dging lndak niyyy......rse dy cm aym hutan.....mse mule2 ak dgr name dging lndak niyyy....ak rse gayat gak...sbb ak niyyy....klo dgr namenye gayat...ak xkn sntuh makanan 2.....tpi mse ayh ak bwak lik dging lndak 2...mama ak msak rndang.....ak pnye larhhh mkan...perghhhh sdap siot.....ak pnah mkan dlu...tpi mse kcik....so ak pown xtaw cm ne rsenye....tpi ble da mkan...hi3...rse nk lg...sdap larhhh pulok......kui3.....lg pown bukan sng nk dpat dging lndak niyyy.....2 pown pkcik ak dpat kt kg.....dy bg ckit jerk kt family ak....xpew larhhh jnji dpat rse.......niyyy pown dy dok mencari lndak lg...kui3.....k larhhhh ak da xtaw nk taip pe lg niyyy....otak ak da semakin blurrrr....hu3....k bye................

Wednesday, May 20, 2009

Gigolo hotel lima bintang


SHAH mengaku menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan wanita yang kuat seks.

--------------------------------------------------------------------------------


“SEKARANG saya hidup berpindah-randah. Tak pernah saya menyewa di sebuah rumah untuk lebih sebulan. Saya terus ‘diburu’ oleh Auntie Natalie.

“Dia tak mahu saya berhenti. Dia terus memujuk saya untuk bekerja (sebagai gigolo) semula,” ujar anak kelahiran Kedah itu.

Pujukan itu bukan hanya berbentuk kata-kata, sebaliknya diiringi wang bernilai ribuan ringgit. Auntie Natalie merupakan ibu ayam Shah sebelum ini.

“Saya perlu kuat. Saya sudah insaf dan tak mahu buat kerja itu lagi. Cukuplah enam tahun saya hidup bergelumang dosa,” akuinya dengan penuh kesal.

Kata Shah, hidupnya dalam tempoh itu tidak pernah tenteram.

“Sasaran saya pada waktu itu tentulah wang. Jadi saya sanggup melakukan apa saja untuk wang, termasuklah menggunakan ilmu hitam,” kongsi Shah yang merupakan graduan sebuah universiti perguruan terkemuka di negara ini.

Antara ilmu hitam yang diamalkan termasuk memakai susuk, mengamalkan jampi dan mentera.

Gunanya ilmu itu adalah untuk menundukkan ‘lawan’ agar mereka menuruti segala kemahuannya.

“Wanita Eropah memiliki tenaga seks yang tinggi dan jauh berbeza. Boleh dikatakan lelaki tempatan tidak mampu untuk menyaingi tenaga mereka. Jadi di situ juga saya gunakan ilmu itu,” katanya.

Malah, kata Shah, memiliki wang tunai berjumlah RM3,000 di dalam kocek pada setiap masa adalah perkara yang sentiasa dititikberatkan.

“Kalau tinggal RM1,000, saya akan mula gelisah. Peliknya, walaupun banyak, duit itu sentiasa habis.

“Apa jadi dengan duit itu pun saya tidak tahu. Hasil berbelanja itu tak ada dalam tangan atau depan mata,” kongsinya.

Godaan Auntie Natalie

Kisah Shah terheret ke dalam kancah maksiat bermula ketika dia membuat keputusan untuk mengisi cuti semester dengan melakukan kerja sambilan di sebuah pusat konvensyen di Selangor. Pada waktu itu dia belajar di sebuah kolej matrikulasi di utara Semenanjung Malaysia.

“Di sana, majikan wanita kami yang dipanggil Auntie Natalie banyak menunjuk ajar dan menjaga kami sepanjang waktu itu. Dia sering memberi nasihat seperti hormati mak dan ayah serta tidak meninggalkan solat.

“Bagi saya itu sesuatu yang luar biasa dan mengagumkan kerana dia bukan seorang Islam,” cerita Shah.

Panas yang dijangka berlarutan sehingga ke petang bagaimanapun didatangi hujan di tengah jalan.

“Suatu hari Auntie ajak saya pergi ke kelab malam. Saya tak menolak kerana memikirkan inilah masanya untuk mengenal dunia remaja yang sering saya lihat di kaca televisyen. Dari situ jugalah saya belajar minum (arak).

“Tidak lama selepas itu, Auntie bertanya sekiranya saya mahukan wang saku lebih. Saya kata, ‘siapa yang tak mahu’. Dia memberi saya cadangan untuk menjadi gigolo.

“Tetapi, katanya, dia perlu menguji ‘keupayaan’ saya dahulu,” kongsinya yang mengakui bagaikan rusa masuk kampung pada waktu itu.

Lantaran memikirkan wang, tawaran Auntie Natalie diterima dengan mudah. Soal agama dan maruah tidak ada dalam pertimbangan.

Setelah mengorbankan teruna di tangan wanita berusia pertengahan 40-an itu, Shah diberi arahan untuk menunggu klien pertamanya di dalam bilik sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Bayaran pertama yang diperoleh bernilai RM800.

Menjelang hujung cuti, angka di dalam bank Shah mencecah lima digit, membuatkan Shah tidak terfikir langsung untuk berhenti di situ sahaja. Sebaliknya, dia menyimpan rahsia hitam itu seorang diri.

Anak bongsu daripada lima adik-beradik itu kembali ke kolej dan meneruskan pengajian seperti biasa. Konsentrasinya terhadap pengajian tidak menunjukkan sebarang masalah. Namun cita rasa berpakaian, wanita dan selera makannya menunjukkan perbezaan.

“Saya aktif semula menjadi gigolo selepas tamat matrikulasi. Aktiviti itu berlarutan walaupun saya sudah mula masuk universiti.

“Kedudukan universiti itu yang dekat dengan Kuala Lumpur juga membuka peluang yang lebih besar untuk saya meneruskan kerja itu. Setiap hujung minggu saya akan turun ke Kuala Lumpur untuk bertemu pelanggan,” dedahnya.

Selepas satu ketika, modus operandi kerjayanya berubah. Auntie Natalie menasihatkan Shah agar memohon jawatan di bahagian housekeeping di sebuah hotel lima bintang di ibu kota.

“Dari pukul 7 pagi hingga 2 petang, saya mengemas bilik-bilik yang sudah digunakan.

“Tetapi selepas itu saya sambung bekerja sebagai ‘teman pengiring’ untuk pengunjung hotel itu,” kata Shah yang menjelaskan gelaran ‘teman pengiring’ merupakan istilah yang digunakan untuk gigolo atau pelacur yang berkhidmat di hotel-hotel mewah.

Dari situ Shah mempelajari bahawa kira-kira 75 peratus daripada gigolo dan pelacur di Malaysia berbangsa Melayu dan datang dari kampung sepertinya.

Ramai pelanggan isteri Datuk

Shah mendedahkan hotel mewah dapat bergerak aktif dengan kegiatan itu kerana privasi yang dijanjikan.

Ada ketika dia bekerja sehingga malam. Pada waktu yang lain dia bermalam sahaja di hotel itu mengikut kemahuan pelanggan.

“Dalam sehari, paling banyak saya melayan sehingga empat orang wanita,” ujar Shah. Pelanggannya berumur dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun dan kebanyakannya terdiri daripada isteri kedua golongan berstatus Datuk.

“Mereka tanpa segan silu menceritakan kepada saya siapa suami mereka dan masalah dalam rumah tangga mereka. Saya dengar sahaja. Dalam kepala saya hanya memikirkan wang,” akuinya.

Pernah dibawa bercuti sehingga ke Hong Kong selama 10 hari, perjalanan, penginapan, makan dan minum Shah di sana ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

“Bukan itu saja, saya dibayar dan dibelanja membeli-belah.” Kehidupannya pada waktu itu, kata Shah, cukup mewah.

“Saya dapat membeli kereta Proton Perdana V6 secara tunai hasil himpunan duit itu. Makan dan pakai usah cakaplah. Semua yang saya ingini saya dapat beli. Tinggal pula di kondominium mewah,” katanya.

Sepanjang enam tahun itu, jarang benar Shah pulang ke kampung menjenguk ibu dah ayahnya. “Waktu itu saya memang tak ingat mak dan ayah. Memang saya hanyut.

“Tapi dengan kawan-kawan saya tak pernah putus hubungan. Walaupun semasa di universiti ada yang mengesyaki sesuatu, tetapi mereka tidak tahu perkara sebenar,” luah Shah.

Kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Pada penghujung 2006, Shah terkena santau yang teruk. Berat badannya susut 30 kilogram dalam tempoh beberapa hari dia terlantar sakit.

Dalam keadaan terkujur lemah, Shah kemudiannya didatangi mimpi.

“Saya bermimpi mengerjakan umrah. Tiga kali saya bermimpi yang sama. Saya lihat diri saya membuat tawaf dan saie. Saya menangis teresak-esak. Wajah pertama yang terbayang dalam fikiran ialah emak.

“Selama ini emak tak pernah merendahkan saya walaupun kadang-kadang memang saya buat silap,” keluhnya. Air mata bergenang di kelopak mata.

Setelah pulih, Shah banyak berfikir. Dia merasakan hidupnya sangat kosong. Biarpun dikelilingi begitu ramai wanita, kekasih sendiri curang kepadanya. Kini Shah masih berusaha untuk membersihkan diri daripada ilmu-ilmu hitam yang masih menghantui dirinya. Namun dia belum mempunyai kekuatan untuk menjalani ujian HIV/AIDS.

Ekstrak kupang rawat sendi



KETIKA ia seringkali dirujuk sebagai ‘satu’ penyakit, artritis reumatoid sebenarnya seumpama ‘payung’ kepada sekumpulan penyakit yang merujuk kepada lebih daripada 100 keadaan perubatan.

Artritis dihidapi oleh hampir lima daripada 1,000 orang dewasa di Malaysia.

Ubat bagi melegakan kesakitan termasuk acetaminophen seperti Tylenol dan dadah antikeradangan bukan steroid (NSAIDs) merangkumi ibuprofen seperti Advil yang digunakan dalam banyak keadaan reumatik bagi mengurangkan kesakitan.

Begitu juga produk asid hyaluronik seperti Hyalgan dan Synvisc yang disuntik secara langsung sebagai pelincir tiruan pada sendi lutut bagi meningkatkan keupayaan pergerakan.

Namun, menurut Pakar Perubatan dan Geriatrik, Dr. Rajban Singh, ekstrak daripada kupang hijau yang membiak di perairan New Zealand terbukti mampu membantu mengurangkan kesakitan sendi akibat artritis.

Jelasnya, ekstrak lipid laut yang berasal daripada kupang hijau itu mengandungi lima jenis Omega-3 iaitu asid eicosapentaenoik (EPA), asid docosahexaenoik (DHA), asid eicosatetraenoik (ETA), asid octadecatetraenoik (OTA) dan asid alpha-linolenik (ALA) yang cukup penting bagi keperluan tubuh manusia.


“Lipid kupang hijau ini turut mengandungi gabungan semula jadi protein, mineral dan mucopolysaccharides.

“Gabungan ini meningkatkan kemampuan pergerakan sendi, penyelengaraan rawan dan kesihatan tubuh secara keseluruhan,” ujarnya.

Penggunaan ekstrak lipid laut semula jadi ini juga tidak mengganggu pengambilan ubatan lain.

Malah ia memberi kelebihan berbanding penggunaan ubat-ubat NSAIDs dan analgesik dalam jangka panjang.

Tambah Dr. Rajban, kajian selama enam bulan di Glasgow, Scotland mendapati 76 peratus pesakit yang mengambil ekstra lipid laut itu menunjukkan peningkatan ketara dalam melembutkan dan mengurangkan ketegangan sendi pada waktu pagi serta menguatkan genggaman.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Dr. Rajban mendedahkan, walaupun keradangan sendi adalah normal bagi sesetengah keadaan, namun kerapkali keradangan melampau mengundang kesakitan dan kerosakan pada tubuh termasuk bahagian sendi utama.

“Ini akan mewujudkan sejenis kimia pengantara yang tinggi bagi pesakit artritis reumatoid berbanding orang normal malah pengidap artritis biasa.




KUPANG digunakan sebagai pelega kesakitan sendi oleh kaum Maori yang tinggal di tepi pantai di New Zealand.

--------------------------------------------------------------------------------


“Justeru, dengan mengawal pengeluaran kimia pengantara ini, ia akan memperbaiki keadaan pesakit di samping asma, ulser, psoriasis dan pelbagai penyakit lagi,” ujarnya yang juga Presiden Persatuan Kesejahteraan Malaysia.

“Dengan ekstrak khas yang hanya boleh didapati di perairan New Zealand, terutama di Marlborough Sounds, potensinya sebagai rawatan pencegahan amat berguna,” ujar Dr. Rajban.

Pelega kesakitan sendi itu berasal daripada tradisi kaum Maori yang tinggal di pesisiran pantai.

Dengan menjadikan kupang hijau sebagai diet harian, mereka berjaya mengekalkan sendi-sendi yang baik.

Simptom artritis

- Mengalami lebih daripada satu sendi yang membengkak.
- Kekejangan pada sendi yang berlanjutan selama satu jam pada awal pagi.
- Kesakitan pada sendi yang berlarutan.
- Kesukaran menggunakan atau menggerakkan sendi secara normal.
- Terasa panas dan merah pada sendi.

Lagi buaya di Sungai Klebang


BUAYA tembaga sepanjang dua meter berjemur di tebing muara Sungai Klebang semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


MELAKA - Setelah kelibat seekor buaya dirakam bersantai di tebing muara Sungai Klebang Sabtu lalu, seekor lagi buaya yang dipercayai tersesat didapati bersantai di tempat yang sama semalam.

Buaya tersebut yang dipercayai berjemur selama 30 minit mulai pukul 10.20 pagi itu sebelum menghilangkan diri, menggemparkan orang ramai yang berada di lokasi berkenaan termasuk nelayan yang terserempak reptilia itu.

Seorang nelayan, Ali Dolmat, 51, berkata, walaupun terdapat papan amaran mengenai kehadiran buaya di tempat berkenaan yang dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) namun, orang ramai bagai tidak mempedulikan amaran itu kerana tetap menjala setiap hari di muara sungai berkenaan.

"Malah ada yang menjala di tempat buaya ini sering kelihatan iaitu di bawah sebatang pokok yang terdapat di tebing muara sungai," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, penduduk luar yang datang menjala pada waktu malam di muara sungai berkenaan juga dibimbangi tidak menyedari tanda amaran tersebut.

Bekas krew program TV dihantar ke Tg. Rambutan

KUALA LUMPUR - Seorang bekas krew syarikat produksi televisyen terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini semalam mengesahkan tertuduh tidak waras ketika membunuh isterinya tiga tahun lalu.

Mohd. Azwanizam Mat Desa, 30, yang sentiasa tersenyum sepanjang prosiding kemudian diarahkan ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta bagi menjalani rawatan setelah mendakwa sebelum dan selepas kejadian dia kerap mendengar suara ghaib mengatakan isterinya curang.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membacakan penghakiman bertulisnya berkata, mahkamah berpuas hati dengan keterangan 19 saksi pendakwaan yang membuktikan tertuduh menyebabkan kematian Azmah Mohamad, 27.

Sehubungan itu, tertuduh disabitkan bersalah pada akhir kes pendakwaan dan dipanggil membela diri bagi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Namun, jelas beliau, keterangan bersumpah tertuduh menunjukkan sebelum dan ketika kejadian berlaku, dia kerap menghadapi ilusi dan mendengar suara-suara yang membisikkan perkara-perkara jahat ke dalam telinganya.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama dua bulan di bawah jagaan Dr. Rabiah Mohd. Salleh

Trauma Hamil Sulung




BERKAT kesabaran dan tidak pernah sesekali berputus harap, akhirnya aktres berbakat besar yang semarak mengembang dalam dunia lakonan, Noorkhiriah, 33, hamil sekali lagi. Berita gembira ini diterima setelah dia mengalami keguguran, dua tahun lalu.

Noorkhiriah yang dahagakan anugerah memiliki cahaya mata kini mampu tersenyum girang kerana impian untuk memperolehi anak yang dapat melengkapkan keluarganya menjadi kenyataan.

Diam tak diam kandungan Noorkhiriah sekarang mencecah usia tiga bulan setelah melayari bahtera dengan insan tersayang, Azfaidzul Antan atau Faizul pada 11 November 2006.

"Alhamdulillah, kandungan saya sihat, cuma perut saya belum nampak apa-apa lagi. Agaknya anak saya tidak suka glamor. Dia seolah-oleh menyorok di dalam," katanya berseloroh semasa ditemui di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelakon yang berasal dari Raub, Pahang itu berkata, dia mendapat perkhabaran diri hamil sebelum berangkat menunaikan umrah bersama suaminya.

"Waktu itu saya takut juga untuk ke sana sebab keadaan yang sesak dengan umat Islam lain yang ingin mengerjakan ibadat, berhabuk dan cuaca tidak menentu. Saya mula khuatir macam-macam kejadian boleh berlaku.

"Setelah berbincang dengan suami maka saya nekad untuk melawat ke rumah Allah dan hanya berserah terhadap nasib saya dan kandungan baru ini.

"Walaupun kandungan baru memasuki usia empat minggu tetapi saya kena berhati-hati dan tidak boleh bergerak bebas macam orang lain.

"Syukur sangat sebab sampai sahaja di sana, saya dapat menjalankan ibadat dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah.

"Bayangkanlah dalam keadaan mengandung saya dapat juga mengucup Hajar Aswad serta melakukan tawaf. Walaupun semasa sedang bersembahyang, saya kena langgar namun Allah memberikan jalan yang mudah kepada saya.

"Cuma apabila sampai di Malaysia saya mula mengalami pendarahan yang banyak sehingga menakutkan saya. Nasib baik semuanya berada dalam keadaan selamat," jawab Noorkhiriah yang berada di sana selama 10 hari bermula 23 Mac lalu.

Implikasi daripada masalah kecil itu, badan Noorkhiriah jadi tidak bermaya untuk membuat sebarang kerja seharian termasuk meneruskan penggambaran.




REZEKI untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

--------------------------------------------------------------------------------


Sedangkan dia harus menyelesaikan drama bersiri yang kini sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen.

"Disebabkan terlalu sakit saya akan mencari tempat untuk berbaring di lokasi penggambaran jika ada waktu terluang.

"Setelah mula mengalami masalah akibat kehamilan ini, saya mula mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan sejak beberapa hari lalu.

"Nasib baiklah kerja penggambaran sudah dihabiskan. Kini saya hendak berehat dengan secukupnya bagi menjaga kandungan ini," akui Noorkhiriah sambil tertawa manis.

Berikhtiar cara Islam

Noorkhiriah baru-baru ini menjadi tetamu program Semanis Kurma yang dikendalikan pasangan Ustaz Akasyah dan Ustazah Bahyah.

Dalam program itu, Noorkhiriah tanpa segan silu meminta petua dan doa khusus dalam usahanya mendapatkan zuriat.

"Selepas keguguran dahulu saya tidak pernah mengandung lagi. Jadi saya sempat minta kalau ada doa khusus untuk dapatkan zuriat atau sebarang panduan untuk saya mengandung semula.

"Selain bertemu doktor, saya juga berusaha dengan berikhtiar cara mengikut kehendak agama kita. Dengan kuasa Allah, impian saya untuk mengandung semula akhirnya dimakbulkan," kata Noorkhiriah teruja.

Berhati-hati jaga kandungan

Pernah mengalami masalah keguguran kandungan sebelum ini, membuatkan pemilik nama lengkap Norkhiriah Ahmad Shafie kini lebih berhati-hati agar insiden sama tidak berulang kembali.






Beritahu Noorkhiriah, dia mengambil keputusan untuk merehatkan diri bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada kandungannya.

"Lima bulan selepas mendirikan rumah tangga saya terus mengandung. Disebabkan tidak mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara penjagaan kandungan saya terus mengalami keguguran.

"Ada yang cakap mungkin rahim saya sudah kembang akibat saya tidak berpantang kerana sibuk berlakon selepas keguguran dahulu.

"Kini saya ingin lebih berjaga-jaga dengan kandungan ini. Untuk hamil sekali lagi bukannya satu perkara yang mudah kerana saya perlu menunggu untuk tempoh masa yang panjang.

"Doktor menyarankan kepada saya supaya berhenti berlakon sementara apabila kandungan saya sudah masuk tiga bulan.

"Dalam waktu ini pelbagai kejadian yang tidak diingini boleh menimpa kepada saya. Setelah berehat dan usia kandungan saya masuk lima bulan barulah saya boleh kembali berlakon.

"Memanglah saya masih boleh berlakon sekarang dengan usia kandungan tiga bulan tetapi saya sekadar mengikut nasihat doktor.

"Walaupun diberikan watak yang ringan dan tidak memerlukan sepenuh komitmen namun saya terpaksa menolak juga tawaran yang datang.

"Suami juga tidak terkecuali memantau keadaan saya yang sedang menjadi pembawa budak. Betul juga cakap orang bahawa wanita yang mengandung memang dimanjakan secara berlebih-lebihan

"Hendak memandu kereta dalam keadaan sekarang pun, saya takut inikan pula untuk melakukan kerja lain yang lebih berat.

"Sekarang saya lebih selesa menyarungkan seluar yang longgar kalau hendak ke mana-mana.

"Pengalaman lepas mengajar saya untuk lebih menghargai kandungan yang merupakan nikmat tidak terhingga daripada Allah," ungkap Noorkhiriah lagi.





KANDUNGAN baru berusia tiga bulan, belum merobah bentuk badan Norkhairiah.

--------------------------------------------------------------------------------


Menjelaskan tentang niat Noorkhiriah yang ingin berlakon selepas kandungannya mencecah lima bulan dia berkata, tiada salahnya kalau dia ingin meneruskan tanggungjawabnya sebagai anak seni walaupun perut sedang memboyot.

"Kalau setakat berlakon dalam satu-satu produksi untuk satu atau dua hari, memanglah saya tidak berdepan dengan sebarang masalah.

"Cuma kalau mengambil masa terlalu panjang, maka memang saya tak berani terima. Bahkan saya ada juga menerima tawaran berlakon di Sabah dan Sarawak namun saya terpaksa menolak.

"Biarlah saya terlepas peluang ini asalkan kandungan saya sihat sekali gus dapat menunaikan impian saya untuk mempunyai cahaya mata sendiri bagi menyerikan rumah tangga kelak," ujar Noorkhiriah yang semakin berseri-seri wajahnya bergelar wanita sempurna.

Tips pinggang ramping

PINGGANG

**************

Ada 3 jenis ukuran pinggang - sederhana, panjang & pendek. Ukuran diambil berdasarkan jarak di antara buah dada & pinggul. Wanita berpinggang pendek mempunyai jarak antara buah dada & pinggang lebih pendek. Ia membuatkan bahagian dari pusat ke bawah (kaki) lebih panjang.



-Pinggang sederhana-

-------------------------------

Pinggang sederhana mempunyai jarak seimbang antarabuah dada & pinggul. Mereka boleh menggayakan sebarang fesyen. Masalah timbul jika pinggang mereka lebar (ukurlilit) serta perut buncit atau terlalu ramping & punggung besar. Cuba lindungi dgn blaus labuh menutupi punggung & tidak terlalu ketat.



-Pinggang panjang-

---------------------------

Jarak di antara buah dada & pinggang lebih panjang, berbanding di antara pinggang ke pinggul. Ia membuatkan bentuk badan dari pusat ke bawah (kaki) nampak pendek. Cuba petua ini agar kaki nampak lebih panjang.



- Pakai skirt labuh. Ia mampu melindungi jarak pendek di antara pinggang ke pangkal peha serta ukuran sebenar kaki tidak ketara.

- Pilih seluar atau skirt tanpa pinggang (pelapik keras pada pinggang) dgn sisipan kecil khusus utk talipinggang.

- Pilih warna sana utk sut padanan dua terutamanya jika berseluar.

- Jika pakai blaus & seluar, pilih tali pinggang sewarna blaus. Ia dpt melarikan pandangan & melindungi jarak pendek di antara pinggang & pangkal peha.

25 tips utk kurus

Diantara amalan yang patut anda lakukan ialah:-

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Wajah cantik milik anda !!!

Muke bermslh? Brminyak? Brjerawat batu? Ohh tidakkk!!! Ingat. wajah yang cantik dan bersih merupakan ekspresi kepada diri sesorunk itu. Kalu cantik luarnya, cantiklah dalamannye. Kalau tidak....? Terimalah hakikatnye, selaloonye manusia judge a book by its cover! Tak salah jugak.... kdg2 kite jugak begitu kan? So, jangan sampai wajahmu mengundang tanggapan negatif org ye...!

Sunblock
Jangan pernah melupekannye. Kalu x, siaplah belum pun berusia 30-an, dh penuh dark spots di muke. Ingat, sekali dark spots dh muncul di wajah, amat sukar nak menghilangkannye. Lebih2 lg kamu yg berkulit cerah. So, mulai saat ni pakailah sunblock.

Jadilah Lebih Baik
Ingat, wajahm ekspresi dirimu. Kalu dlm dirimu x cantik, wajah akan turut terkena tempiasnye. Justeru try la jd yg lebih baik dn positif. Kalu kamu ceria, hati gembira, your face will glow!

Be Moist
Moist! Moist! Moist...wlupun utk mereka yg kulitnye brminyak. Apetah lg utk kamu yg mempunyai kulit kering. Ianye mesti!!

Be Friendly
Adalah lebih baik kalu kamu lebih bersikap friendlydan periang kerana kamu akan appear more beautiful to others.

Be Nourished
Dapatkanlah diet dn air yg sckupnye. Cantik or x nye kulit kamu x langsung bergantung 100% pd sebarang krim yg kamu pakai. X kisahlah mahal mcm mane pn krim trsebut, ia hanye membantu. So, lbh baik kamu dptkan zat yg diperlukan oleh kulit wajamu secara natural. Kalu dh tau kamu memang alah dgn sesetengah makanan, jgn cari pasal!

Jaga Kebersihan
Kalu kamu memang pemalas nk merawat wajah tu, x hairanlah kalu ia nampak hambar dn dipenuhi dengan bintik2 hitam. Klupun x mampu nk beli produk pncuci muke yg mhl2, ckup la sekiranye kamu membeli produk tempatan aslkn ianye sesuai dgn kulit wajah. Klu kreatif, buat la sndiri masker dn sbgnye.

Be Free
Beauty comes in many forms. So relax and enjoy your life. Jgn risau apa pandangan org trhdpmu. Tp sebaliknye pastikan kamu yakin yg kamu mmg mempunyai wajah cantik dn ia amat berharge. Klu kulitmu memang bermslh, jgn kedekut utk mendptkan rawatan profesional. Aset tu beb!!

Labu kuning baik utk kesihatan

assalamualaikum....
hye....
korang sume nk taw x?..
sbnarny Labu kuning (Cucurbita moschata) atau dikenali dengan sebutan labu parang ini kaya dengan vitamin dan mineral yang tinggi. Ia mengandungi beta karoten, vitamin B1, vitamin C, kalsium, fosfor, besi, kalium dan natrium. Nutrisi yang terkandung menjadikan labu kuning berkhasiat meningkatkan lagi kekebalan tubuh. Beta karoten pada labu kuning berfungsi untuk mencegah serangan jantung. Sementara kandungan vitamin B1, C dan seratnya pula berperanan sebagai pencegah penyakit jantung dan strok. Selain daripada itu, labu kuning berupaya mengubati penyakit ringan seperti demam, migrain, cirit-birit, penyakit ginjal, gout serta membantu
menyembuhkan radang.

Monday, May 18, 2009

Berbohong secara kompulsif

KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.

Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.

Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.

Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.

Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.

Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.

Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.

Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.

Mengapa berbohong?

Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Perlukah saya menghukum?

Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.

1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"

Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

alasan berbohong

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.


6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

amalkan budaya nasihat

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

cinta lewat usia

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

nAdakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

nAtau adakah semua wanita materialistik?

nAdakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

nAdakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

saat menilai cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

masalah tidur

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:

* Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
* Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
* Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
* Penyalahgunaan dadah dan alkohol
* Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala

* Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
* Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
* Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.

Kesan dan akibat


Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :

* Cepat menjadi marah
* Sukar mengawal emosi
* Sukar memberi tumpuan/perhatian
* Kemungkinan boleh membuat kesilapan
* Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

Rawatan
Dapatkan bantuan profesional

* Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada sebab-sebab tersebut.
* Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
* Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

Pencegahan
Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:

* Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
* Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
* Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
* Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.

Rehabilitasi
Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda

* Berhenti merokok
* Jangan tidur pada siang hari
* Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
* Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai persekitaran tidur anda

* Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur
* Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
* Pastikan juga tilam dan katil anda selesa

Amalan sebelum tidur

* Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
* Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
* Tidur bila rasa mengantuk
* Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

Simpan satu diari tidur

* Catit jumlah jam dan kualiti tidur
* Masa masuk dan bangun dari tidur
* Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
* Perasaan anda

AMARAN: Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter

salji turun pertama kali di negara arab

DUBAI: Buat pertama kali sepanjang ingatan sejarah, salji turun di Emiriah Arab Bersatu (UAE), negara yang dikelilingi gurun dan padang pasir. Pegawai Jabatan Kaji Cuaca Dubai semalam menyatakan, salji melitupi pergunungan al-Jees di Ras al-Khaimah, kawasan yang terletak di negeri paling utara di UAE. Akhbar berbahasa Inggeris, Gulf News melaporkan, kawasan pergunungan yang terletak 1,737 meter dari paras laut itu menyaksikan salji turun pada malam hari sejak dua hari lalu berikutan cuaca sejuk sehingga mencecah suhu serendah -5 darjah Celsius dan mengejutkan ramai penduduk negara ini. Kawasan pergunungan itu bermula di UAE sehingga ke Oman dan tempat tertinggi di sesetengah tempat mencecah 2,500 hingga 3,000 meter. Isnin lalu, hujan lebat berukuran 12.6 milimeter berlaku di kawasan gurun Dubai, satu daerah yang jarang sekali menerima hujan. Malah, polis melaporkan 500 kemalangan jalan raya berlaku dalam tempoh 24 jam, termasuk satu nahas maut yang berpunca daripada hujan lebat selama tiga hari berturut-turut. Cuaca sejuk turut menyelubungi negara itu minggu ini dengan suhu turun mendadak kepada 12 darjah Celsius di Dubai, malam kelmarin. Kenyataan Jabatan Kaji Cuaca itu bagaimanapun berkata, cuaca sejuk di Dubai yang sebelum ini suhu musim panasnya mencecah 50 darjah Celsius, akan berakhir minggu depan. UAE adalah antara tempat pelancongan popular, terutama kota Dubai di mana kebanyakan pelawat adalah dari negara sejuk yang datang untuk menikmati cuaca panasnya. - AFP/Reuters "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim

keluasan neraka

Keluasan Neraka, Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang Kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan Selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang aki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya:"Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali, dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 (Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.) Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

HP tunang ak hlang.....

assalamualaikum...
hye sume...
agk lme gak ak xupdate blog ak niyyy.....
hurmmmm....
ak bngang ckit larhhh skunk niyyy...
bukannye apew....hp tunang ak hlang jumaat lpas....aduyaiii...ntah sapew larhh pnye keje yg curi hp 2...hp murah pown adew owng nk curikn?pelik tol larhhh owng skunk niyyy...da xmmpu sgt kew smpai nk mencuri hak owng laen.....ak pown xtaw larhhh napew dyrg wat cm 2....yg tunang ak lak xnk kecoh2 psal niyyy....klo x....myb dpat lik hp 2.....tpi apew nk wat...dy xsuke kcoh2kn bnde niyy.....da larhhh kteorg pkai line....ak xley lak nk bekukn no 2.....juz tunang ak jerk ley wat if adew papew msalah pown...sbb bil 2 ats name dy...huhhhh....agk lme gak bru kami btalkn no 2....lbey kurang dlam kul 1.30 tgah ari....adussss....naek ckit larhhh bil pg 2...dlam 5-6 ringgit...bodoh tol owng yg curi 2...geramnye ak...nk kate xdew duit...keje askar....hurmmm ntah larhhh....xtaw nk ckap cm ne.....2 larhhh manusia...suke amik hak owng....xtkot dosa agknye....klo xhlalkn 2 cm ne larhhh...da larhh hp ak lak 2...eeeeeeeeeeeee.....geram sgt2 niyyyyy....klo jmpe owng yg curi 2...mau nk tempeleng jerk pale dy.....sngal tol !!!!!!

Wednesday, May 13, 2009

Mane larhh nk cri umah murah skunk?....

assalamualaikum.....
hye korang....
pe khbr?...agk lme gak ak xupdate blog ak niyyy....bukanny apew...ak bz sesgt skunk niyyy...smpai xsmpat nk jnguk blog ak niyyy....adessss....ak ngah pening skunk niyyy...mane larhhh ak nk cri umah murah ek skunk niyyy?...skunk umah sumeny da mhal...da xdew da hrge 100k kebwah....sumenye 100k ke atas...adessss pening pale den niyy haaa......ak ngan tunang ak nk cri umah skunk....bukanny apew...kami nk bli umah dlu sblom kwin....xduk nti pown xpew...kami ley sewa kn....tpi xdew larhhh umah 100k kebwah....xtaw da nk cri kt ne....xnk larhhh umah yg mhal2 sgt...kang da kwin xmkan lak kte org....hu3....tpi 2 larhhh ak juz nk cri umah kt kwasan seremban jerk.....sbb t da kwin ak suh tunang ak posting kt cnie...mlas larhhh nk duk jauh2.....sbb pas kwin pown ak duk ngan fmly ak dlu...pas tunang ak dpat posting...bru kami duk umah sndri...tpi kt ne nk cri umah murah niyyy....adessss...pening !!! pening !!!......tpi papew pown ak ttp usahakn cri umah yg 100k kebwah.....rumah atas tgn pown xpew...sbb klo umah bru...mmg xdpt...kui3.....k larhhh smpai cnie jerk catatan ak utk ari niyyy.....klo adew papew lg ak update lg blog ak niyyy...k ea sume...bye......

Tuesday, May 5, 2009

GaMBaR-GaMBaR Di HaRi PeRTuNaNGaNkU

















































































































































































































































































































































































































































































































































Monday, May 4, 2009

Kembali bekerja

hello korng......
ari niyy ak da keje semula pas cuti dri 30hb april lpas....
alhmdulillah mjlis pertunangan ak berjlan dgn lncr sekali....
rmbongan pihak lelaki tibe pkul 2 ptg....
mule2 pihak dy merisik ak dlu...
n then trus ke acare yg berikutnye...
iaitu pertunangan.....
berdebar2 gak jntung ak time 2...mcm2 yg ak rse...nk buang air larhhh...lpar larhhh...haus larhhh...sumenye adew...kui3....
tpi ble umi dy da sarungkn cincin ke jari ak....ak rse lega ckit...tpi yg pling kelakarnye...ak kene mkan sirih 2...aduyaiii.....pahit lak 2...
papew pown kini ak da pown mnjadi tunangan org...
ak hrap hubungan ak n dy akn trus berkekalan hingga ke jinjang pelamin sperti yg ak n dy hrap2kn....
ins'allh...aminnnn....
THANKS ABG......I LUV U SO MUCH.............