CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 29, 2009

Budak 10 tahun ditanduk lembu kena 20 jahitan


Salbiah Saimin menemani Muhammad Taufik Pisol
yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah selepas
ditanduk lembu di Kampung Baru, Tanah Merah
Dalam, Jitra, semalam.
ALOR STAR: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menerima 20 jahitan di dagu serta patah tulang hidungnya akibat ditanduk seekor lembu sebelum diheret sejauh lebih lima meter di Kampung Baru, Tanah Merah Dalam, Jitra dekat sini, lewat petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Muhammad Taufik Pisol dan empat rakannya sebelum itu dikatakan bermain dengan lembu itu yang ditambat di tepi jalan berhampiran rumahnya. Bagaimanapun, selang beberapa minit lembu itu mula mengamuk dan mengejar mangsa. Muhammad Taufik yang pengsan selepas tercampak juga calar serta lebam di belakang badannya akibat diheret lembu itu. Ibu mangsa, Salbiah Saimin, 50, berkata anaknya diusung ke rumah penduduk berhampiran dalam keadaan berlumuran darah. Muhammad Taufik kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan dilaporkan stabil.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah........ Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :"Barang siapa membaca Qul huwallahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhuwallah ahad satu khatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi:Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.amin...ya rabbul alamin...sekian. wassalam

KFC...KFC...KFC....Haram dimakan

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat. Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada mencer ita kan Kes KFC. Begini cer ita nya: Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak. Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam. Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana: a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat. Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. K ita cuma perlu berhenti memakan KFC. Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam. Assalamualaikum wbk.. Ini cer ita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan. Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm......macamana tu?.. Bukannya keadaan tengah darurat pun…Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka d ita nya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu member ita hu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu? Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah k ita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cer ita hamba Allah ni salah. Kalau betul, maknanya tanda d ita nggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam Ada seorang ustaz mencer ita kan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan. **Setiap apa yg k ita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " . MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT. Wassalam.

Nabila Huda di RTM: Ke Arah Stesen Televisyen No.1 Malaysia











SIB BAIK ADE RAMBOT DOK KAVERKAN DADA DIA NO!!!!!!!

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah

Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan 'menyerang' itu sebagai 'salah satu faktor'.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
"Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan"
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi2. Nabi Isa a.s.3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan 'mencuri minyak' oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith 'misi' Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
"Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun."
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
"Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah ."
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan 'diturunkan' dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….
"Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam"
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang 'akan dilahirkan' oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari 'individu-indiivdu' yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama' harus diambil kira.
Pandangan ulama' perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi. Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama' dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
"Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah."(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah

Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah 'berjaga-jaga' menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
"Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya."(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
"Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya."
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu'alam
Renung-renungkanlah.....

Mati tersepit di lantai rumah!! Hajat nak merompak x kesampaian.....


DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini."Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

Rahsia Dahi Anda…

Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan…. Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannyer sikit.
Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syarat-nya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?
Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!
Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!
Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!
Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Khutbah Nabi Mengenai DajjalDari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telahberkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuhmasalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yangdibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT adamengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhirsedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datangpada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih adadi tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dansebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Danmempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahaimanusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamuciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepadaumatnya."Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagaiTuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelumkamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkantidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulisKAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau butahuruf."Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanyaitu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah diameminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surahAl-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar NabiIbrahim itu menjadi sejuk."Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lamameninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arabitu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayahatau ibunya.Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanyaberkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialahTuhanmu.""Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan diabelah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yangakan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaihitu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulanorang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalahmusuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasukorang yang paling tinggi darjatnya di syurga."Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langitsupaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supayamengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yangpaling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orangbaik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yangdemikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya danpendudukkampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turundi tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampungatau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah danMadinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal keranadikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah danMadinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kotaMadinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orangmunafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadipengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kotaMadinah.Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu,Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidakberiman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman merekatidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia laludi satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun berimankepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supayamenurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkantumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanamanmereka subur."Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnyaDajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendustadipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanahdipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yangpaling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawaloleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnyaDajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orangmunafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacingkepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalahyang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan.Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedangmenangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takutmendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang padawaktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalaudia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal munculpada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Padazaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikansetahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yangterasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjalitu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari iniberjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambilditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu mingguatau satu bulan.Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepadamanusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Merekasemua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannyadengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjalkepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empatpuluh hari.Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulanatau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yangrupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk duniamenjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yangtetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Friday, January 23, 2009

Sejarah Ayat kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segeramemerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluarmasuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akanmemudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w.. bersabda bermaksud:'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allahhilangkan segala kefakiran di depan matanya.'Sabda baginda lagi;'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.'Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramaldengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasukirumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatanketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allahmewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyangFardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yanglain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidakmenegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atasrumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allahmenganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yangbenar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'

Thursday, January 22, 2009

Kenapa Suka Cium Anak........

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahualam bissawab

KEWUJUDAN TUHAN

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras. Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan

BISMILLAH............

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, diabersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata TokDahaman,dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya jugaapa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkanoleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepadapokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh anusia dengaN pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenal pasti keranadia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan. Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencarisyaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan ditempat org lelaki.Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orgyg memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada ygmeludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring danmangkuk...Ada juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut punberlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yangsama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagianperempuaN keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapamereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambutyangkotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakapdengan cermin tempat bersolek.Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramaitentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.....

Tuesday, January 20, 2009

"Dadah adalah musuh dan pemusnah kehidupan"

Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid adalah bekas guru agama kerajaan. Beliau telah berkhidmat sebagai guru agama lebih kurang 14 tahun. Beliau telah meletakkan jawatannya sebagai guru agama pada tahun 1993 untuk menumpukan kerjayanya sebagai perawat tradisional khususnya dalam bidang perawatan dadah dan terkena sihir. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru agama di beberapa buah sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah arab diantaranya, Sek.Men.Tinggi Kajang, Selangor, Sek. Men. Bkt. Jalor, Gemas, N.Sembilan, Sek.Men.Agama Gemenchih, N.Sembilan, Sek.Men.Gemas, Gemas, N.Sembilan. Sekolah terakhir beliau berkhidmat ialah Sek.Men.Gemas,N.Sembilan.
Beliau telah memberikan khidmatnya dalam bidang perawatan tradisional Islam ini keseluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah & Sarawak. Bukan sahaja dalam negara bahkan hingga ke beberapa buah negara yang lain seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Australia serta beberapa buah negara di Timur Tengah. Kini beliau memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perawatan Tradisional Islam ini. Alhamdulillah telah ramai penagih-penagih dadah telah dapat dipulihkan sepenuhnya.
Sehingga ke hari ini, beliau menawarkan beberapa khidmat perubatan alternatif menggunapakai kaedah Rawatan Tradisional Secara Islam yang menggunakan pendekatan yang berbentuk "Berdoa, Berusaha dan Bertawakal".
Selama 7 hari pertama, Si penagih akan diberi minum Air Kelapa. Selalunya tidak sampai setengah minit setelah diminum, si penagih akan muntah semula. Selain mengeluarkan kotoran, ia turut membawa keluar racun dan bisa-bisa badan akibat menagih. Rawatan pada tahap ini juga turut diselang-selikan dengan rawatan mengeluarkan iblis dari tubuh si penagih .
Seterusnya kaedah pemulihan dadah kini sampai pada tahap terakhir, iaitu Tahap Bimbingan. Pada tahap ini biasanya dilalui oleh si penagih pada 7 hari terakhir rawatan, yang mana pada tahap ini akan fokuskan dalam bentuk bimbingan pendekatan Kerohanian dan Psikologi dan ia akan berlarutan sehingga ke hari yang ke 14, yang mana dengan izin Allah, pada hari yang terakhir ini, si penagih biasanya sudah pulih sepenuhnya dari ketagihannya dan sudah boleh pulang ke rumah.
Alhamdulillah, setakat ini Allah Taala telah mengizinkan beliau untuk mengikhtiarkan penyembuhan terhadap pelbagai peringkat usia penagihan dadah, dari awal peringkat usia belasan tahun sehinggalah ke peringkat usia yang sudah bergelar datuk. Biasanya para penagih yang akan menjalani rawatan akan diminta untuk tinggal selama 14 hari di rumah beliau dalam suasana rawatan yang selesa dan berhawa dingin dan perlu dinyatakan di sini yang beliau hanya mengambil semaksimum 2 orang sahaja untuk dirawati pada satu-satu masa. Keadaan ini adalah bertujuan supaya konsentrasi dan fokus yang mantap dapat ditumpukan sepanjang proses rawatan. Penagih dirawat menggunakan air kelapa muda.Segala bisa dadah dalam badan akan dimuntahkan keluar. RAWATAN PEMULIHAN DADAH Secara perlaksanaannya, pada tahap awalan, beliau akan terlebih dahulu membuang iblis dan syaitan yang ada dalam tubuh si penagih kerana pada beliau, selagi ada iblis dalam diri si penagih .. maka jiwa, emosi dan perasaan penagih akan terganggu dan seterusnya dapat mempengaruhi si penagih untuk kembali menagih dadah walaupun sebelum ini telah berjaya dipulihkan ketagihan itu.
Dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran iblis tersebut ditangkap lalu dimasukkan ke dalam botol.
Alhamdulillah, dengan izin Allah setakat ini beliau merupakan antara pengamal perubatan kaedah alternatif secara Islam yang berjaya menawarkan kaedah rawatan ketagihan dadah hanya dalam masa 14 hari sahaja, dengan syarat kerelaan untuk berubat adalah datangnya betul-betul dari hati si pesakit dan bukannya atas dasar paksaan dari sesiapa.
Kaedah yang di tawarkan ini agak unik jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah rawatan yang lain justeru kerana ia menggabungkan tiga tahap rawatan iaitu Tahap Awalan, Tahap Pertengahan dan Tahap akhir.

Cari mayat tertimbus

Beratus-ratus mangsa kezaliman Israel terperangkap bawah runtuhanSEMENANJUNG GAZA: Anggota penyelamat, yang memulakan operasi mencari semalam menjangka menemui beratus-ratus lagi mayat mangsa kekejaman rejim Zionis di bawah runtuhan bangunan, ketika tentera Israel mula berundur selepas 22 hari mengganas. Pasukan penyelamat dan kaum keluarga memulakan gerakan mencari saudara mara yang hilang dan dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan selepas Israel mengumumkan gencatan senjata awal pagi kelmarin. Gencatan senjata rapuh itu dan pengunduran pertama askar Israel daripada bumi Gaza membolehkan mereka melipatgandakan gerakan mencari. Setakat ini lebih 1,300 orang terkorban termasuk kanak-kanak dalam pertempuran berkenaan manakala Israel hanya kehilangan 13 nyawa, termasuk tiga orang awam. Zayed Hadar, seperti penduduk lain di Jabaliya, pinggir Bandaraya Gaza, yang dihalang oleh tentera darat Israel daripada menghampiri rumahnya selama dua minggu, kelmarin berpeluang menggeledah rumah berkenaan dengan bantuan 10 anaknya. Bangunan tiga tingkat itu musnah sama sekali dalam serangan Israel. "Kami menarik keluar anak saudara saya, tetapi saya tidak tahu berapa banyak lagi mayat yang masih tertimbus," kata Hadar, ketika beberapa kereta kebal Israel masih lagi kelihatan dari jauh.
KHADIJA Radi sedih apabila mendapati rumahnya di al-Zeitoun, Gaza ranap dibedil Israel sebaik beliau bersama keluarganya pulang ke kampung halaman mereka, semalam.
Beratus-ratus mangsa kezaliman Israel terperangkap bawah runtuhanSEMENANJUNG GAZA: Anggota penyelamat, yang memulakan operasi mencari semalam menjangka menemui beratus-ratus lagi mayat mangsa kekejaman rejim Zionis di bawah runtuhan bangunan, ketika tentera Israel mula berundur selepas 22 hari mengganas. Pasukan penyelamat dan kaum keluarga memulakan gerakan mencari saudara mara yang hilang dan dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan selepas Israel mengumumkan gencatan senjata awal pagi kelmarin.
Gencatan senjata rapuh itu dan pengunduran pertama askar Israel daripada bumi Gaza membolehkan mereka melipatgandakan gerakan mencari. Setakat ini lebih 1,300 orang terkorban termasuk kanak-kanak dalam pertempuran berkenaan manakala Israel hanya kehilangan 13 nyawa, termasuk tiga orang awam. Zayed Hadar, seperti penduduk lain di Jabaliya, pinggir Bandaraya Gaza, yang dihalang oleh tentera darat Israel daripada menghampiri rumahnya selama dua minggu, kelmarin berpeluang menggeledah rumah berkenaan dengan bantuan 10 anaknya. Bangunan tiga tingkat itu musnah sama sekali dalam serangan Israel. "Kami menarik keluar anak saudara saya, tetapi saya tidak tahu berapa banyak lagi mayat yang masih tertimbus," kata Hadar, ketika beberapa kereta kebal Israel masih lagi kelihatan dari jauh.
Bukti kemusnahan berada di merata tempat, di kawasan ladang, tiang elektrik yang patah tergantung di udara, kesan kereta terbakar terbiar di jalan raya dan air pembetungan mengalir daripada paip pecah. Bau mayat manusia dan bangkai haiwan yang reput menusuk hidung di kawasan berkenaan. Sebuah masjid runtuh, yang tinggal hanya menara berdiri tegak di celah kesan runtuhan berdebu. Anggota polis Hamas juga muncul buat pertama kali sejak pertempuran berlaku dengan berpakaian seragam biru untuk mengawal lalu lintas dan mengelakkan barangan daripada dicuri. Di kawasan perladangan Atatra di timur laut Semenanjung Gaza, medan pertempuran di antara askar Israel dan pejuang Palestin, anggota penyelamat memakai penutup muka bagi menghalang bau busuk lima mayat di sebuah rumah yang ranap, termasuk seorang wanita berpakaian jubah panjang biru. Mereka menemui kaki seorang budak. "Kami tidak tahu sama ada anggota lain yang turut ditemui kepunyaan manusia atau haiwan, amat sedih sekali. Ya Tuhan, bukankah kita ini manusia," kata seorang anggota penyelamat. "Kami perlu pasukan pakar, kami hanya menggali dengan tangan," katanya
Khadija Radi, 83, hanya berdaya melihat ketika cucunya mengutip barangan milik mereka di rumah yang sudah hancur. Dia duduk di atas timbunan runtuhan sambil memegang tasbih dan tongkat di sebelahnya. "Hanya ini barangan yang tinggal," katanya, menunjuk kepada bantal dan sepasang selipar. Anak perempuannya, Sadia mengangkat tilam yang penuh dengan debu dan meletakkannya di atas kereta keldai. Menurut pegawai perbandaran Gaza, kiraan pertama mereka mendapati kira-kira 20,000 bangunan perumahan dan kerajaan mengalami kerosakan teruk dan 4,000 lagi musnah sama sekali. Kira-kira 50 daripada 220 sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), klinik dan gudang turut musnah dalam serangan itu.

Remaja parah diseterika ibu tiri

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera parah, dipercayai didera ibu tirinya dengan ditekap seterika panas dan dipukul menggunakan batang besi. Siti Nor Aishah Mohd Yusof dari Flet Bandaraya Sentul di sini, cedera parah di paha kanan dan betis kiri, dirawat di Wad Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lalu. Dia dipercayai didera ibu tirinya sejak setahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, ketika mengesahkan kejadian itu semalam berkata, seorang wanita berusia 30-an yang ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa ditahan untuk membantu siasatan. Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas anaknya membawa remaja itu menemuinya kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lalu untuk membantunya membuat laporan polis. "Selepas beliau menceritakan bahawa dia didera ibu tirinya, saya terus membawanya ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan," katanya. Beliau berkata, remaja terbabit turut mengalami tekanan perasaan dan asyik menangis ketika diminta menceritakan semula kejadian dia didera.

semakin hari semakin bahagia.....

assalamualaikum sume...wawa kembai lg niyy...wawa nk kongsi ctew gembira ngan kwan2 sume....pada 20/12 lpas...bf wawa dtg umah wawa utk jmpe my mom n my dad...time 2 wawa xjoin diorng laa...cz cbuk memasak kt dpor..huhuh...lme gak dy stay umah wawa mse 2...dri kul 3 ptg smpai kul 10.30 mlam bru dy blik...sbnarny dy dtg nk lamar wawa sebagai permaisuri idop dy...hapy sgat2 laa...sbb sblom niyy kapel hnye sekerat jlan jerk..kreny dy niyy boy terakhir laa dlm idop wawa...cz wawa pown da trime lmaran dy 2...kteorng da bncng da hal niyy sblom niyy...cme xbgtaw kt fmly jerk...fmly dy pown da taw...n fmly dy stuju ngan rncangan kte orng niyy...alhamdulillah hubungan kte orng da dpat restu dri kedua2 belah pihak...myb dlam bulan 6 2009 kte orng akn bertunang dlu...xtaw lg nk ikt bpew lme...msih dlam perbncangan lg...cume wawa hrap..wawa n dy dpat sme2 jge hubngan kte orng niyy smpai mse yg dirncngkn....ins'allh wawa akn jdi gurl yg terbaek utk dy...sbb mkin ari mkin syg kt dy..n xsgp kehilangan dy...wawa knal dy pown xdew laa lme sgat...tpi dy tol2 baek..jjor..penyayang..2 yg wat wawa skew sgat kt dy....bak kate pepatah...cnte pndangan pertame....cme xluahkn jerk...pas jmpe frst time 2...mkin rpat n mkin syg...tros kte orng amik keputusan nk idop bersme....hope kwan2 doakn kebahagian wawa niyy...aminnnnnnnnn

wawa happy sgat...sbb dpat cri orng yg pnting dlam idop wawa

ya allah...wawa bersyukur sgat2 sbb wawa da dpat cri orng yg pling pnting dlam idop wawa yg wawa xjmpe da 10 thun...ya allah time kasih sbb da temukan wawa dgan dy....wawa hpy sgat2 ari....

RaYa YaNg PaLiNg X bEsT

assalamualaikum...
wawa nk kongsi ckit ctew sdey niyy ngan korang...
perghh...sdey glew r rye thon 2008 niyy...wawa xberaye pown...tbe2 ptng rye ke-2 wawa jtuh skit...alamak aiii...da xdpat nk beraye...pg rye ke-3 bru wawa sdar..yg wawa ingt..sblom pngsan 2..elok jewk wawa borak2 ngan mama wawa..tbe2 2..wawa rse sush ati...n then trus skit kpale...wawa pown bring r kt sofa...smpai c2 jewk wawa ingt...apew yg berlaku lpas 2...wawa xingt da...mama wawa ctew...abg sepupu wawa kejut suh tdow kt dlam blik...wawa bgun n tros mndi...tpi wawa xsdar lngsung yg wawa mndi...plik gak 2...tpi benar...aduyaiii!!!!pas2 sume brang kt ats almari solek terabur kt bwah....cm ne r ley jdi cm niyy kn??pelik tol r....da lme wawa xkne cm niyy...dkat setahon gak r...thon lpas 3 kali kne...ble g scan kt sptal...doc ckap adew ketumbuhan dlam otak r...otak bengkak r...otak bercalar r...mcm2 doc niyy...pdahal sume 2 xdew pown...ntah cm ne r doc niyy kaji sume niyy kn?pas2 tbe2 doc ckap migrain r....adehhhhhh!!!!tpi smalam wawa g jmpe sorng atuk niyy...dy niyy kre pndai r ubt2kn orng...tpi bkan sihir2 taw...dy gne ayt2 al-Quran....dy ckap smalam...yg wawa xdew migain pown..tpi adew bnde yg gngu wawa...korang fham2 jewk r bnde apew k!!!pas2 ayh wawa tnye kt dy...sapew yg antr bnde 2 or bnde 2 sesat?..dy ckap dy taw sapew yg wat...tpi dy nk wat solat istikarah dlu...pas2 mlam esoknye bru dy bg jwapan 2....sapew r yg zalim sgat wat cm niyy kn?...xdew ati prut langsung!!!!atuk 2 suh wawa dtg blik mlam niyy....dy suh bwak 10 bji limau purut....t dy suh mndi air 2....pas2 dy suh mndi 7 jenis bunga yg wawa nk...aduhhhh t cpat lak wawa kwin....yew r...da mndi air bunga laa katekn....huhhhhh....wawa hrap lpas berubat ngan atuk niyy bnde niyy xkn berulang lg....INS'ALLAH...AMINNNNNNNN