CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 19, 2009

LELAKI-LELAKI YANG HARUS DIAWASI

Ada beberapa jenis lelaki yang harus diawasi oleh kaum perempuan. Bagi kaum lelaki ada baiknya anda juga tahu lelaki bagaimana akan dijauhi oleh perempuan. Jadi jika anda berasa memiliki salah satu dari jenis di bawah ini, segera perbaiki diri agar tidak dijauhi oleh perempuan:

SUAMI ORANG

Urusan rayu merayu dan memanjakan perempuan memang jaguh dilakukan oleh setiap lelaki yang sudah berkahwin. Namun sesiapa yang sanggup bercinta dgn suami orng harus sanggup menanggung risikonya juga! Jika boleh jauhi hubungan seperti ini. Amat jarang ada masa depan yang baik bagi kaum perempuan terhadap lelaki jenis ini. Sekalipun si lelaki itu berjanji untuk segera berkahwin dan akan menceraikan isterinya, mungkin itu hanya pemanis di bibir saja!


SI ANAK EMAK

Setiap anak lelaki pasti mencintai ibunya. Tapi bukan bererti selalu melibatkan ibu dalam setiap kegiatannya. Jenis anak emak ini selalu saja merujuk dan mengadu kepada emaknya, dia akan berkata, "Sebentar saya tanya emak dulu...." Perempuan tentu tidak suka dengan lelaki yang tidak berdikari seperti ini.


SI TAKUT KOMITMEN

Jenis lelaki seperti ini takut untuk berkahwin! Jenis seperti ini tentu akan menjadi anak kecil selama-lamanya tetape teman perempuannya biasanya satu gudang. Dia hanya suka berpoya-poya sahaja.


SI MATA KERANJANG

Lelaki jenis ini mampu membuat perempuan terasa dirinya paling cantik dalam dunia. Sayangnya puji-pujian itu cuma berlangsung sebentar saja. Dia lebih mementingkan jumlah perempuan yang dimiliki dan bukan nilai peribadi wanita itu. Jadi jangan hairan apabila dia boleh berpaling kepada wanita lain yang berpenampilan biasa saja.


SI PENCUKUR

Berkawan dengan lelaki jenis ini tentu membuat perempuan saja yang mengeluarkan isi beg duitnya setiap kali makan bersama di tempat makan. Lelaki jenis ini bukannya melayani perempuan dengan baik, tetapi lebih dari mencari untung dari perempuan.


SI BODOH

Lelaki jenis ini langsung tidak tahu bercinta, walau dilakuakan berbagai cara dia masih tidak memberi sebarang respon tetapi masih terus mahu berkawan dengan intim. Dia memang benar-benar tidak tahu bercinta.

1 bebelan:

Anonymous said...

atau mungkin lelaki itu memang tidak mahu bercinta..

kerana baginya cinta itu perlukan kerjasama dua pihak...

~whutdaheck~