CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 20, 2009

MENGENAL WANITA MELALUI GERAK GERI & WATAK

Wanita yang apabila melihat sesuatu dgn melirik seperti mengintip, maka wanita yang mempunyai kebiasaan perangai seperti ini adalah seorang wanita yang pandai mencari rezeki dalam kehidupannya.

Wanita yang apabila senyum dulu sebelum berbicara seperti orang malu-malu, tetapi berbicara tidak mahu berhenti, maka wanita ini adalah wanita yang baik, dia pandai mencari rezeki dalam hidupnya.

Seorang wanita yang mempunyai habit lututnya dirapatkan letika berdiri, sehingga lututnya nmpak menonjol ke depan, maka wanita ini adalah wanita yang baik, dia pandai mencari wang.

Seorang wanita yang kebiasaannya ketika berbual terputus-putus, kemudian meneruskan kembali, maka wanita yang mempunyai habit ini adalah wanita yang berperibadi baik, dia pandai mencari wang.

Seorang wanita yang habitnya menunduk ketika berjalan sambil membetulkan pakaiannya dan tidak melirik pandangan ke sana ke mari, wanita itu adalah wanita yang pandai mencari rezeki.

Seorang wanita yang mempunyai gaya berjalan ayunan tangannya rapat, pandangan lurus ke depan, wanita itu sangat setia kepada suaminya.

0 bebelan: