CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 12, 2009

10 Sifat Calon suami Yang Baik......

Mempunyai jodoh dengan seseorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita....

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki...

Jadi, apa yang ak tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita...

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini...

Jika anda seorang lelaki, carilah wanita yang menpunyai sifat-sifat ini...



10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.Sifat ini boleh
dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya yang baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang
lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan
peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh
menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa
dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang
bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cra hidup bebas walaupun dia tahu dirinya
mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira masa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



WALLAHU A'LAM....

0 bebelan: