CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 18, 2009

salji turun pertama kali di negara arab

DUBAI: Buat pertama kali sepanjang ingatan sejarah, salji turun di Emiriah Arab Bersatu (UAE), negara yang dikelilingi gurun dan padang pasir. Pegawai Jabatan Kaji Cuaca Dubai semalam menyatakan, salji melitupi pergunungan al-Jees di Ras al-Khaimah, kawasan yang terletak di negeri paling utara di UAE. Akhbar berbahasa Inggeris, Gulf News melaporkan, kawasan pergunungan yang terletak 1,737 meter dari paras laut itu menyaksikan salji turun pada malam hari sejak dua hari lalu berikutan cuaca sejuk sehingga mencecah suhu serendah -5 darjah Celsius dan mengejutkan ramai penduduk negara ini. Kawasan pergunungan itu bermula di UAE sehingga ke Oman dan tempat tertinggi di sesetengah tempat mencecah 2,500 hingga 3,000 meter. Isnin lalu, hujan lebat berukuran 12.6 milimeter berlaku di kawasan gurun Dubai, satu daerah yang jarang sekali menerima hujan. Malah, polis melaporkan 500 kemalangan jalan raya berlaku dalam tempoh 24 jam, termasuk satu nahas maut yang berpunca daripada hujan lebat selama tiga hari berturut-turut. Cuaca sejuk turut menyelubungi negara itu minggu ini dengan suhu turun mendadak kepada 12 darjah Celsius di Dubai, malam kelmarin. Kenyataan Jabatan Kaji Cuaca itu bagaimanapun berkata, cuaca sejuk di Dubai yang sebelum ini suhu musim panasnya mencecah 50 darjah Celsius, akan berakhir minggu depan. UAE adalah antara tempat pelancongan popular, terutama kota Dubai di mana kebanyakan pelawat adalah dari negara sejuk yang datang untuk menikmati cuaca panasnya. - AFP/Reuters "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim

0 bebelan: