CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 24, 2009

Gurauan lemas akhirnya menjadi kenyataan


BESUT - Gurauan pura-pura lemas sekumpulan 10 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) ketika mandi di Pantai Tanjung Demong, Kampung Raja dekat sini petang kelmarin rupa-rupanya menjadi kenyataan.

Ini kerana, hanya beberapa minit selepas kumpulan pelajar itu bergurau senda sedemikian, seorang daripada mereka, Mohamad Azamir Mohktar, 20, dari Selama, Perak benar-benar lemas dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang.

"Pada masa itu kami bergelak ketawa kononnya ada yang lemas, tak sangka pula gurauan itu jadi kenyataan," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Shariman.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Roslan Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan rakannya Fitri Hafiz Baharudin, 21, beredar dari kumpulan itu ke pantai apabila menyedari air laut mulai pasang.

Mangsa dan Fitri kemudiannya mengalami kesukaran kerana masuk ke dasar yang cerun dan dalam lalu menyebabkan kedua-dua mereka lemas sebelum cuba dibantu oleh lapan lagi rakan mereka.

Dalam keadaan kelam-kabut itu kesemua mereka dikatakan lemas tetapi dengan pertolongan sesama sendiri mereka berjaya menyelamatkan diri kecuali Mohamad Azamir yang terlepas dari pegangan.


0 bebelan: