CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

Remaja parah diseterika ibu tiri

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera parah, dipercayai didera ibu tirinya dengan ditekap seterika panas dan dipukul menggunakan batang besi. Siti Nor Aishah Mohd Yusof dari Flet Bandaraya Sentul di sini, cedera parah di paha kanan dan betis kiri, dirawat di Wad Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lalu. Dia dipercayai didera ibu tirinya sejak setahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, ketika mengesahkan kejadian itu semalam berkata, seorang wanita berusia 30-an yang ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa ditahan untuk membantu siasatan. Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas anaknya membawa remaja itu menemuinya kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lalu untuk membantunya membuat laporan polis. "Selepas beliau menceritakan bahawa dia didera ibu tirinya, saya terus membawanya ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan," katanya. Beliau berkata, remaja terbabit turut mengalami tekanan perasaan dan asyik menangis ketika diminta menceritakan semula kejadian dia didera.

0 bebelan: