CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 29, 2009

Budak 10 tahun ditanduk lembu kena 20 jahitan


Salbiah Saimin menemani Muhammad Taufik Pisol
yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah selepas
ditanduk lembu di Kampung Baru, Tanah Merah
Dalam, Jitra, semalam.
ALOR STAR: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menerima 20 jahitan di dagu serta patah tulang hidungnya akibat ditanduk seekor lembu sebelum diheret sejauh lebih lima meter di Kampung Baru, Tanah Merah Dalam, Jitra dekat sini, lewat petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Muhammad Taufik Pisol dan empat rakannya sebelum itu dikatakan bermain dengan lembu itu yang ditambat di tepi jalan berhampiran rumahnya. Bagaimanapun, selang beberapa minit lembu itu mula mengamuk dan mengejar mangsa. Muhammad Taufik yang pengsan selepas tercampak juga calar serta lebam di belakang badannya akibat diheret lembu itu. Ibu mangsa, Salbiah Saimin, 50, berkata anaknya diusung ke rumah penduduk berhampiran dalam keadaan berlumuran darah. Muhammad Taufik kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan dilaporkan stabil.

0 bebelan: