CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 20, 2009

"Dadah adalah musuh dan pemusnah kehidupan"

Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid adalah bekas guru agama kerajaan. Beliau telah berkhidmat sebagai guru agama lebih kurang 14 tahun. Beliau telah meletakkan jawatannya sebagai guru agama pada tahun 1993 untuk menumpukan kerjayanya sebagai perawat tradisional khususnya dalam bidang perawatan dadah dan terkena sihir. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru agama di beberapa buah sekolah menengah kebangsaan dan juga sekolah arab diantaranya, Sek.Men.Tinggi Kajang, Selangor, Sek. Men. Bkt. Jalor, Gemas, N.Sembilan, Sek.Men.Agama Gemenchih, N.Sembilan, Sek.Men.Gemas, Gemas, N.Sembilan. Sekolah terakhir beliau berkhidmat ialah Sek.Men.Gemas,N.Sembilan.
Beliau telah memberikan khidmatnya dalam bidang perawatan tradisional Islam ini keseluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah & Sarawak. Bukan sahaja dalam negara bahkan hingga ke beberapa buah negara yang lain seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Australia serta beberapa buah negara di Timur Tengah. Kini beliau memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perawatan Tradisional Islam ini. Alhamdulillah telah ramai penagih-penagih dadah telah dapat dipulihkan sepenuhnya.
Sehingga ke hari ini, beliau menawarkan beberapa khidmat perubatan alternatif menggunapakai kaedah Rawatan Tradisional Secara Islam yang menggunakan pendekatan yang berbentuk "Berdoa, Berusaha dan Bertawakal".
Selama 7 hari pertama, Si penagih akan diberi minum Air Kelapa. Selalunya tidak sampai setengah minit setelah diminum, si penagih akan muntah semula. Selain mengeluarkan kotoran, ia turut membawa keluar racun dan bisa-bisa badan akibat menagih. Rawatan pada tahap ini juga turut diselang-selikan dengan rawatan mengeluarkan iblis dari tubuh si penagih .
Seterusnya kaedah pemulihan dadah kini sampai pada tahap terakhir, iaitu Tahap Bimbingan. Pada tahap ini biasanya dilalui oleh si penagih pada 7 hari terakhir rawatan, yang mana pada tahap ini akan fokuskan dalam bentuk bimbingan pendekatan Kerohanian dan Psikologi dan ia akan berlarutan sehingga ke hari yang ke 14, yang mana dengan izin Allah, pada hari yang terakhir ini, si penagih biasanya sudah pulih sepenuhnya dari ketagihannya dan sudah boleh pulang ke rumah.
Alhamdulillah, setakat ini Allah Taala telah mengizinkan beliau untuk mengikhtiarkan penyembuhan terhadap pelbagai peringkat usia penagihan dadah, dari awal peringkat usia belasan tahun sehinggalah ke peringkat usia yang sudah bergelar datuk. Biasanya para penagih yang akan menjalani rawatan akan diminta untuk tinggal selama 14 hari di rumah beliau dalam suasana rawatan yang selesa dan berhawa dingin dan perlu dinyatakan di sini yang beliau hanya mengambil semaksimum 2 orang sahaja untuk dirawati pada satu-satu masa. Keadaan ini adalah bertujuan supaya konsentrasi dan fokus yang mantap dapat ditumpukan sepanjang proses rawatan. Penagih dirawat menggunakan air kelapa muda.Segala bisa dadah dalam badan akan dimuntahkan keluar. RAWATAN PEMULIHAN DADAH Secara perlaksanaannya, pada tahap awalan, beliau akan terlebih dahulu membuang iblis dan syaitan yang ada dalam tubuh si penagih kerana pada beliau, selagi ada iblis dalam diri si penagih .. maka jiwa, emosi dan perasaan penagih akan terganggu dan seterusnya dapat mempengaruhi si penagih untuk kembali menagih dadah walaupun sebelum ini telah berjaya dipulihkan ketagihan itu.
Dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran iblis tersebut ditangkap lalu dimasukkan ke dalam botol.
Alhamdulillah, dengan izin Allah setakat ini beliau merupakan antara pengamal perubatan kaedah alternatif secara Islam yang berjaya menawarkan kaedah rawatan ketagihan dadah hanya dalam masa 14 hari sahaja, dengan syarat kerelaan untuk berubat adalah datangnya betul-betul dari hati si pesakit dan bukannya atas dasar paksaan dari sesiapa.
Kaedah yang di tawarkan ini agak unik jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah rawatan yang lain justeru kerana ia menggabungkan tiga tahap rawatan iaitu Tahap Awalan, Tahap Pertengahan dan Tahap akhir.

0 bebelan: