CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 30, 2009

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur

Hadith : Rasulullah
s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua
Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya
disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama
"Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan
rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:" Apa yang pernah
engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?"

(dan pada satu
riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau
pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya,
ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia
ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini
(Muhammad s.a.w)?"

(Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud
juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab:
"Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia
menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang
yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang
yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad
s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini
bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!"
Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui
yang demikian";

(Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda
s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh
benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga,
dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya
sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang
kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian
dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan
cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya:
"Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku
supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata
kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan
dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya
sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati
itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan
katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata
sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu
berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian";

(dan menurut satu
riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:
"Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu
hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah
baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu
datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya)
kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya
sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam
azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."[Abu Hurairah r.a]

0 bebelan: