CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 15, 2009

Dituduh Guna Wang Palsu Bayar Mas Kawin

KOTA BHARU 18 Dis. - Seorang mekanik dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menggunakan wang palsu sebanyak RM8,000 sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxi xxxxxx , 23, pada 11 Disember lalu.

Tertuduh, Mohd. Axxx xxxxx, 37, berasal dari Taman Kinrara, Puchong, Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira pukul 4 petang.

...

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan wang palsu RM8,000 iaitu not RM100 sebanyak 80 keping sebagai wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxx.

Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Tertuduh ditangkap pada malam 11 Disember lalu setelah pihak keluarga pengantin perempuan membuat laporan polis.

Mengikut laporan, penipuan itu disedari oleh bapa saudara pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam Masjid Kubang Batang pada hari sama.

Kejadian itu menyebabkan keluarga wanita berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang kertas RM100 itu yang dimasukkan dalam sebuah album gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan, sementara belakangnya kertas putih.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat manakala imam masjid yang menikahkan pasangan berkenaan menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perkahwinan tersebut.

Imam berkenaan kemudian dimaklumkan pernikahan pasangan itu adalah sah mengikut hukum syarak.

Bagaimanapun, pengantin lelaki dianggap berhutang dengan pengantin perempuan.

1 bebelan:

NAZ said...

hahha camnie pun ada ?