CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 20, 2009

Lagi buaya di Sungai Klebang


BUAYA tembaga sepanjang dua meter berjemur di tebing muara Sungai Klebang semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


MELAKA - Setelah kelibat seekor buaya dirakam bersantai di tebing muara Sungai Klebang Sabtu lalu, seekor lagi buaya yang dipercayai tersesat didapati bersantai di tempat yang sama semalam.

Buaya tersebut yang dipercayai berjemur selama 30 minit mulai pukul 10.20 pagi itu sebelum menghilangkan diri, menggemparkan orang ramai yang berada di lokasi berkenaan termasuk nelayan yang terserempak reptilia itu.

Seorang nelayan, Ali Dolmat, 51, berkata, walaupun terdapat papan amaran mengenai kehadiran buaya di tempat berkenaan yang dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) namun, orang ramai bagai tidak mempedulikan amaran itu kerana tetap menjala setiap hari di muara sungai berkenaan.

"Malah ada yang menjala di tempat buaya ini sering kelihatan iaitu di bawah sebatang pokok yang terdapat di tebing muara sungai," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, penduduk luar yang datang menjala pada waktu malam di muara sungai berkenaan juga dibimbangi tidak menyedari tanda amaran tersebut.

0 bebelan: